Ria
ditubuhkan pada 1 hb Disember ' 1990 dan telah dilancarkan secara langsung
dari Sentosa, jam 5 petang. Stesen yang menyajikan pelbagai rancangan
hiburan ini juga mendekatkan para pendengar dengan berita dan informasi
terkini.
DJ
DJ Ria yang semuanya muda , dinamik , periang dan peramah sentiasa memberikan
yang terbaik untuk semua pendengar dan sentiasa berasa gembira dapat menemani
anda 24 jam sehari.
Golongan
sasaran Ria ialah para pendengar yang berusia 15 hingga 35 tahun.
Namun, golongan pendengar Ria yang terbesar ialah mereka yang berumur
antara 20 - 30 tahun.Tidak
dapat dinafikan bahawa ada juga golongan yang semuda 8 tahun turut menjadi
peminat Ria.
Ria
merupakan stesen musik yang menghiburkan para pendengar semua dengan koleksi
pelbagai lagu lagu masakini - 60% Melayu/Indonesia , 30% Inggeris dan
10% Internasional.
Pelbagai
promosi di udara seperti kuiz minda, kuiz musik dan permainan udara direncanakan
untuk para pendengar berinteraksi di udara sambil memenangi hadiah.
Untuk
mendekati para peminat secara lebih dekat lagi, kami sering menganjurkan
acara di lokasi seperti persembahan artis dan DJ, konsert, promosi van
kelana , jamuan ekslusif di hotel sempena ulangtahun Ria dan Hari Raya
dan bermacam macam lagi.